About

Kelas Cepat Membaca Phonicsmart Whiztots

Kelas yang terletak di Taman Kota Masai (EcoWorld) ini telah beroperasi sejak 26 November 2016.

Kelas ini bermula dengan satu orang tutor separuh masa sahaja yang menjalankan Program Intensif Membaca Bacalah Anakku semasa cuti sekolah 2016. Program ini dijalankan selama 5 minggu dan disertai oleh 18 anak berusia dari empat hingga tujuh tahun dalam tiga kumpulan.

Kini, kelas ini mempunyai satu orang certified trainer, 6 orang tutor membaca dan 1 orang staf pentadbiran. Jumlah pelajar yang sedang belajar membaca seramai 110 orang dalam 35 kumpulan berbeza mengikut tahap masing-masing. Kelas ini juga telah mula menjalankan Program Read Easy (Beginner dan Intermediate).

Secara puratanya, setiap pelajar mengambil masa sebanyak 62 sesi bersemuka bagi menamatkan Program Bacalah Anakku. Dan hampir semua pelajar yang menamatkan Program Bacalah Anakku menyambung Program Read Easy pula.

Rekod Kejayaan Whiztots Cepat Membaca

  • Jumlah pelajar tamat Bacalah Anakku: 40 orang
  • Jumlah pelajar tamat ReadEasy Beginner Level: 14 orang
  • Jumlah pelajar tamat ReadEasy Intermediate Level: 9 orang
  • Rekod pelajar tamat Bacalah Anakku: 39 sesi bersemuka
  • Rekod pelajar tamat ReadEasy Beginner Level: 31 sesi bersemuka
  • Rekod pelajar tamat ReadEasy Intermediate Level: 14 sesi bersemuka